Archive for October, 2008

T.A.K.U.T

Friday, October 3rd, 2008

Pernah aku dengar pesan jangan menangisi taqdir kerana kesedihan adalah salah satu cara syaitan merosakkan manusia. Juga pernah aku dengari, jangan membuat apa-apa keputusan tatkala minda diselubungi kesedihan dan kemarahan.

Tetapi aku gemar sungguh untuk melarikan diri.

Takut dengan kesakitan berhadapan dengan ujian.

Takut untuk memilih jalan pengorbanan.

Takut untuk melapangkan dada.

Takut diri tak dapat menahan emosi lalu meletus segala kejian dan cercaan.

Takut.

Takut berhadapan dengan jalan hadapan yang berkabut.

Takut.